Pilihan Raya Serentak Galas, Batu Sapi Beri Tekanan Kepada Pembangkang

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah, akan memberi tekanan kepada parti pembangkang dalam membentuk strategi kempennya sepanjang pilihan raya itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ini juga akan mengurangkan kehadiran penyokong parti pembangkang berbanding jika pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu diadakan berasingan.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas iaitu hari penamaan calon pada 26 Okt manakala hari pengundian ialah pada 4 November.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu diambil berdasarkan faktor undang-undang tidak melarang berbuat demikian dan pengalaman SPR sebelum ini mengadakan pilihan raya kecil serentak di tiga kawasan iaitu di Bukit Gantang, Perak, Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak.

Pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat Galas, Chek Hashim Sulaima, 46 daripada PAS kerana barah usus pada 27 September lepas sementara bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, ia diadakan berikutan juga kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54 daripada Barisan Nasional (BN) akibat kemalangan jalan raya di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah Sabtu lalu.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan bola sepak Bachok di sini Sabtu, Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata pilihan raya diadakan serentak itu juga membolehkan jentera BN dapat memberikan tumpuan sepenuhnya tanpa diganggu gugat penyokong parti pembangkang yang datang dari luar sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini. Beliau berkata jentera BN kini sudah siap sedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas termasuk menyokong sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengarah Jentera Pilihan Raya (BN), Tengku Razaleigh Hamzah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan