Persatuan Sumbang Hampir Setengah Juta Ringgit Bantu Bencana Alam Di Kedah

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Persatuan Bencana Alam Kedah menyumbangkan hampir RM500,000 kepada lebih 2,000 mangsa kejadian bencana alam di negeri itu sepanjang tahun ini.

Penolong Setiausaha persatuan Redzuan Mustafa berkata bantuan itu berbentuk wang tunai, pembinaan rumah dan barangan keperluan harian disumbang kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut, kebakaran dan banjir yang berlaku di seluruh Kedah.

"Kita simpati dan prihatin masalah rakyat yang ditimpa bencana alam dan dengan sumbangan ini diharap dapat meringan bebanan mereka," katanya kepada pemberita, Sabtu.

Beliau berkata daerah Kuala Muda mencatat jumlah mangsa bencana terbanyak dengan lebih 200 buah rumah diikuti daerah Baling, Pokok Sena dan Langkawi.

Redzuan sebelum itu menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM200 dan barangan keperluan harian kepada 12 mangsa ribut di Masjid A'Ishah Sungai Menghulu.

Dalam kejadian ribut malam Khamis lepas, sebanyak 12 buah rumah dari tiga kampung mengalami kerosakan kebanyakannya pada bahagian bumbung.

Persatuan itu ditubuhkan pada tahun 2000 di bawah naungan Sultan Kedah dan antara aktivitinya ialah melancarkan kutipan derma untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa bencana alam di Kedah.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan