Perak Akan Dapat Pandangan Pelbagai Pihak Sedia Bajet 2011

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Kerajaan negeri Perak akan mencontohi strategi Kerajaan Persekutuan bagi merangka Bajet 2011 dengan mendapatkan pandangan dan input daripada pelbagai kelompok masyarakat, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, rundingan dengan pelbagai pihak seperti wakil industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ketua masyarakat dan pemimpin akar umbi akan dijalankan dalam merangka bajet negeri tahun depan.

Beliau berkata kerajaan negeri Perak juga akan turut mengutamakan program untuk membantu kumpulan 40 peratus terbawah dalam sosio-ekonomi seperti Bajet 2011 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

"Kita kini sedang mendengar pandangan pelbagai pihak yang mewakili semua kelompok masyarakat sebelum merangka bajet untuk rakyat...Kerajaan negeri ingin mendengar apa yang rakyat mahu dan kita akan memberi apa yang mereka mahu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sehari Bersama Warga Pendidik di Manong, Sabtu.

Pembentangan Bajet 2011 dijadual pada sidang dewan undangan negeri bulan depan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mencadangkan beberapa projek penting dan telah memohon peruntukan sebanyak RM3 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan bermula pada tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak mendakwa pembangkang di negeri ini giat menjalankan kegiatan memindahkan pengundi.

Katanya, antara kawasan yang dikesan berlaku kegiatan berkenaan oleh parti-parti pembangkang ialah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat yang kini disandang Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman.

"Di Sungai Rapat, macam mana boleh terdapat penambahan pengundi di sana dan siapa punya kerja?...anda boleh periksa kawasan-kawasan pembangkang yang sudah pastinya selamat dan bagaimana pemindahan pengundi itu berlaku membabitkan kawasan-kawasan parlimen yang bersempadan dengannya seperti Gopeng dan Batu Gajah," katanya.

Pembangkang sebelum ini mendakwa BN melakukan pemindahan pengundi dalam usaha merampas semula kerusi yang dimenangi wakil pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Turut hadir pada majlis itu Anggota DUN Manong Datuk Ramly Zahari dan ADU NBukit Chandan Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan