Pastikan Bakat Sedia Ada Tidak Tinggalkan Negara - Tsu Koon

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil langkah proaktif untuk mempastikan bakat insan sedia ada tidak meninggalkan negara ini, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata ketika parti itu menyokong cadangan penubuhan Perbadanan Bakat bagi menarik profesional Malaysia di seberang laut pulang bekerja di tanah air, mereka yang sedia berada dalam negara tidak harus dipinggirkan.

Koh bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat Gerakan di Menara PGRM, Sabtu.

Beliau berkata terdapat keperluan mewujudkan persekitaran yang lebih positif dan kondusif bagi membolehkan golongan profesional dan berbakat ini mendapatkan medan yang sama rata untuk mereka menyumbang dalam pembangunan negara.

"Apa yang saya maksudkan dengan persekitaran kondusif ialah ia memberikan mereka peluang dan layanan adil agar mereka merasa mereka diperlukan; mereka merasa mendapat ruang dan peluang adil untuk melahirkan pendapat, dan menyumbang pengetahuan dan kemahiran mereka," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Katanya, Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sangat mesra rakyat dan pada masa sama memberi tumpuan kepada proses menjana transformasi ekonomi negara. Bagi mereka yang tidak berhasrat pulang ke tanah air, Koh mencadangkan mereka dihubungi bagi menggalakkan mereka menyumbang kepada negara secara tidak langsung, seperti mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan kepada jaringan kerja mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan