Nurul Izzah Sah Bertanding Rebut Jawatan Naib Presiden PKR

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mengesahkan beliau akan bertanding merebut kerusi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu, November depan.

Nurul Izzah turut menjelaskan bahawa beliau menolak pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden dan memilih untuk bertanding merebut jawatan nombor tiga parti berikutan keterbatasan dan ruang yang ada pada beliau ketika ini.

"Saya percaya setiap seorang calon yang layak akan melakukan sebaik mungkin untuk memperbaiki dan memperkukuhkan parti. Dalam ruang dan keterbatasan yang saya ada, saya fikir inilah jalan terbaik buat saya buat masa ini.

"...dan saya fikir, tidak kira jawatan apa pun yang kita pertandingkan, yang penting adalah kesetiaan dan keikhlasan kita demi perjuangan parti," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti, Sabtu.

Nurul Izzah yang juga anak Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah antara 17 calon yang telah mengesahkan untuk bertanding merebut empat kerusi Naib Presiden PKR pada pemilihan akan datang. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan