Nelayan Rugi RM60,000 Selepas Peralatan Dibuang Ke Laut

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sepuluh nelayan kerugian kira-kira RM60,000 selepas peralatan menangkap ikan dan enjin mereka yang disimpan dalam bangsal di tepi Sungai Gelugor di sini dibuang ke laut, Sabtu.

Salah seorang nelayan, Mohd Yusof Md Isa, 46, mendakwa kejadian itu didalangi sebuah syarikat pemaju yang mengupah kira-kira 50 lelaki bagi merobohkan bangsal nelayan sebelum membuang tiga enjin dan lebih 18 pukat ke laut.

"Kira-kira pukul 9.30 pagi tadi lebih 50 lelaki bertindak merobohkan bangsal yang digunakan kira-kira 40 nelayan Persatuan Nelayan Sungai Gelugor itu dan mereka yang bersenjata tajam juga mengugut kami agar menjauhkan diri dari situ jika hendak selamat," katanya kepada pemberita di sini.

Dakwanya salah seorang lelaki terbabit memaklumkan diarahkan oleh sebuah syarikat pemaju untuk merobohkan bangsal itu bagi memastikan projek pembangunan yang sedang berjalan siap seperti dijadualkan.

"Saya merayu mereka tidak terus merobohkan bangsal ini sehingga pemiliknya tiba supaya dapat berunding bagaimanapun mereka bukan saja tidak mengendahkannya malah membuang enjin dan pukat ke laut.

"Mereka juga bertindak mencuri beberapa tong mengandungi minyak dan kamera digital serta beberapa barangan berharga yang disimpan di bangsal ini," katanya.

Mohd Hanafi Md Yusof, 32, pula berkata beliau yang sedang membaiki generator ketika kejadian sangat takut kerana semua lelaki itu berlagak samseng dan mereka hanya melarikan diri selepas sepasukan polis tiba di tempat kejadian.

"Tiba-tiba lebih 50 lelaki berpakaian warna putih dan membawa senjata datang dan terus merobohkan bangsal berkenaan walaupun kami yang berada di situ merayu supaya tidak meneruskannya," katanya.

Penyelia Persatuan Nelayan Sungai Gelugor, Sharudin Ayub Shah, 48, berkata tindakan syarikat pemaju itu sangat melampau kerana sanggup menghantar samseng merobohkan bangsal dan mengugut nelayan.

Beliau meminta pemaju membayar ganti rugi dengan segera dan memohon maaf berikutan tindakan mereka menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut menangkap ikan seperti biasa.

"Saya sangat kesal kerana pemaju itu sanggup mengupah samseng. Mereka tidak boleh merobohkan bangsal itu kerana kes berhubung pampasan masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah," katanya.

Sharudin berkata pihaknya juga turut membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dan berharap tindakan segera dapat diambil terhadap golongan yang tidak bertanggungjawab itu.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan