Koh Sifatkan Hubungan Dengan Keng Yaik Baik

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini berkata beliau mempunyai hubungan yang baik dengan mantan Presiden Tun Lim Keng Yaik.

Beliau berkata hubungan mereka berdua berada "di atas landasan" yang sepatutnya.

"Kita semua mengamalkan semangat 1Hati," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti di sini, Sabtu.

Koh diminta mengulas mengenai 'luahan hati' Lim yang baru-baru ini dilapor media sebagai berkata kecewa dengan cara Koh menangani isu dalam Gerakan serta memutuskan untuk meletak jawatan sebagai penasihat parti tersebut.

Mengulas lanjut, Koh berkata parti menerima keputusan Lim dan beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Anggota Seumur Hidup Gerakan.

Mengenai mesyuarat agung luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang yang diadakan Ahad lepas, Koh menggesa semua pemimpin dan anggota di negeri itu menerima keputusan mesyuarat dan merapatkan hubungan.

EGM itu menyaksikan cubaan menjatuhkan Pengerusinya Datuk Dr Teng Hock Nam gagal. Mengulas desas-desus ada anggota Gerakan negeri tersebut mahu keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan keputusan EGM, Koh berkata beliau belum menerima sebarang surat mengenainya.

"Pada pandangan saya, jika ia sekadar cakap mulut, biarlah ia setakat itu sahaja. Mereka telah melalui proses demokrasi dan sepatutnya menerima keputusan (EGM)," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan