Khalid, Nurul Tak Tanding Jawatan Timbalan Presiden, Zaid, Azmin & Mustaffa Sah Tanding...

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Khalid Ibrahim dan Nurul Izzah Anwar masing-masing dijangka tidak akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pengesahan pencalonannya akan ditutup pada jam 5 petang ini.

Jawatan nombor dua PKR dengan itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang melibatkan Naib Presiden parti, Azmin Ali, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.

Zaid sendiri yang pada mulanya ingin membuka laluan kepada Nurul Izzah untuk bertanding kerusi timbalan akhirnya hari ini membuat keputusan untuk menyertai semula.

Zaid berkata dia tidak bertanding dalam jawatan nombor satu kerana para penasihatnya berkata peluangnya lebih cerah bertanding untuk jawatan nombor dua parti.

Beliau berjanji untuk mempromosikan perpaduan parti, menghidupkan kembali bahagian yang tidak aktif serta membina semula kekuatan parti sekiranya diberikan mandat.

Mstar Online difahamkan, Khalid tidak akan bertanding dalam sebarang jawatan pada pemilihan parti kali ini.

Sementara itu, Nurul Izzah yang merupakan anak kepada Ketua Umum dan Presiden PKR itu mengesahkan beliau akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden.

Perebutan bagi jawatan Naib Presiden pula adalah dijangkakan sengit dengan hampir 30 orang memperolehi pencalonan.

Antaranya, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Nurul Izzah Anwar; Fuziah Salleh, Ketua Pemuda, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Lee Boon Chye; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, R. Sivarasa dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Penyandang Presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menang tanpa bertanding manakala Wanita PKR menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Penyandang Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dicabar oleh Dr Suraya Sudin dan Animah Ferrar.

Calon-calon yang ingin bertanding disyaratkan untuk mengemukakan borang penerimaan pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan parti selewat-lewatnya jam 5 petang ini di ibu pejabat PJR dekat Tropicana, di sini.

Penerimaan pencalonan dibuka mulai 10 pagi ini.

Pemilihan pucuk pimpinan PKR akan bermula dari 29 Oktober hingga 21 November. Di bawah sistem PKR, semua ahli parti layak mengundi untuk menentukan kepimpinan pusat.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan