Kerjasama Dalam Penyelidikan Adat Istiadat Malaysia-Brunei Diteruskan

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usahasama dalam penyelidikan yang meliputi persembahan serta upacara adat istiadat Melayu dan kraf antara Malaysia dan Brunei akan diteruskan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan kesinambungan kesenian dan kebudayaan di antara dua buah negara dapat terus dipelihara.

"Kita akan terus mencari jalan supaya keakraban antara dua negara bukan setakat dalam hubungan dua hala tetapi juga meliputi usaha seni budaya dan industri kreatif.

"Ini adalah bagi menjadikan matlamat komuniti Asean maju dalam kesenian dan kebudayaan, serta mencapai ke tahap yang boleh dibanggakan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan persembahan Malam Gala Titian Budaya Malaysia-Brunei di Istana Budaya, di sini Jumaat.

Turut hadir, isterinya Datin Seri Masnah Rais dan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Brunei, Datuk Paduka Awang Hazair Abdullah.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu Rais berkata, penyelidikan adat budaya serta istiadat Melayu perlu ditingkatkan, terutama dalam mengangkat dan mencari titik persamaan sistem pemerintahan beraja yang menaungi kedua-dua negara.

Majlis yang berlangsung selama dua jam itu diwarnai dengan persembahan kesenian penuh gemilang hasil gabungan barisan penari dan artis dari kedua-dua negara.

Ia termasuk persembahan adat berbedak dalam istiadat perkahwinan msyarakat Brunei yang menjadi persembahan pembukaan majlis.

Seterusnya medley tarian Brunei bernama Samalindang dan Adun Ku Bima yang menonjolkan kehalusan budi pekerti wanita Melayu Brunei, iaitu salah satu warisan nenek moyang yang terus dipertahankan sehingga kini, dipersembahkan kepada penonton.

Barisan artis Malaysia yang membuat persembahan di majlis itu terdiri daripada Andre Goh, Jamal Abdillah dan Datuk David Arumugan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan