INTI PATI BERKAITAN PERNIAGAAN DALAM BAJET 2011

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikut adalah inti pati Bajet 2011 yang berkait dengan perniagaan:

* Kerajaan semak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2010 kepada tujuh peratus berbanding enam peratus sebelumnya.

* Pendapatan per kapita bertambah 6.1 peratus kepada RM28,000.

* Pelaburan swasta berkembang 12.5 peratus kepada RM86 bilion.

* Pelaksanaan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dijangka menjana pelaburan bernilai lebih RM1.3 trilion dalam pelaburan dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan.

* Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebagai "tipping point" untuk membangunkan infrastruktur sokongan bagi membolehkan projek yang diterajui sektor swasta.

* Beberapa projek perkongsian awam-swasta (PPP) di bawah RMK-10 akan dilaksanakan pada 2011 melalui pelaburan swasta sebanyak RM12.5 bilion.

* Academic Medical Centre, usahasama antara Academic Medical Centre Sdn Bhd dan Johns Hopkins Medical International serta Royal College of Surgeons Ireland, merupakan sebuah lagi projek PPP yang dikenal pasti dengan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion.

* Kerajaan bersedia menimbang pakej insentif yang menarik sebagai galakan untuk mereka yang melabur di Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD).

* Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) akan mula dilaksanakan mulai 2011 dengan pelaburan swasta sebanyak RM40 bilion dan siap menjelang 2020.

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh bercampur dengan anggaran kos sebanyak RM10 bilion, yang dijangka siap menjelang 2025.

* Bagi menyokong dasar liberalisasi kewangan, kerajaan akan mencergaskan lagi pasaran modal domestik dengan ambil langkah berani, terutamanya mempelbagaikan produk pelaburan, meliberalisasikan syarat pegangan ekuiti dan had pelaburan, menyediakan insentif yang lebih menarik serta meningkatkan kerjasama dengan bursa asing

* Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia untuk meningkatkan kecairan dan halaju dagangan pasaran

* Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon

* Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan tiga lesen syarikat broker saham baru kepada syarikat tempatan, asing atau usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit

* Bursa Malaysia akan membangunkan international board bagi membolehkan penyenaraian saham asing termasuk produk pematuhan syariah

* Pengurangan cukai bagi perbelanjaan untuk penerbitan sekuriti Islam yang menggunakan prinsip Murabahah dan Bai' Bithaman Ajil berasaskan tawarru'

* Sumbangan takaful bagi kredit eksport diberi potongan cukai dua kali

* Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) akan diberi Dana Permulaan Perniagaan berjumlah RM100 juta untuk memberi pembiayaan mudah dengan bayaran balik setelah syarikat menjana pendapatan

* Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (BPTF) akan lancar Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz bernilai RM1 bilion

* Dana Pencen Swasta akan dilancar pada 2011 untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

* Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP diperluaskan untuk meliputi caruman yang dibuat kepada Dana Pencen Swasta termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri. Majikan juga akan diberi potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerjanya.

* Sebanyak RM857 juta akan disediakan bagi syarikat tempatan yang melabur dalam aktiviti elektrik dan elektronik bernilai tambah tinggi terutamanya di Taman Teknologi Tinggi Kulim dan Pulau Pinang.

* Kerajaan memperuntukan RM146 juta bagi menyokong industri minyak, gas dan tenaga. Antara projek yang akan dilaksanakan termasuk penubuhan Pusat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak di Johor dengan melibatkan pelaburan RM6 bilion dalam tempoh 10 tahun.

* Petronas akan laksanakan regasification dengan kos pelaburan RM3 bilion di Melaka dan akan beroperasi pada 2012.

* Status Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember, 2015.

* Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember, 2012.

* Pengecualian cukai ke atas pendapatan daripada perdagangan sijil Certified Emission Reductions dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2012.

* Pengecualian duti import sepenuhnya dan duti eksais 50 peratus diberi kepada pemegang francais kereta hibrid sehingga 31 Disember 2010 dan bagi terus menggalakkan pemilikan kereta itu, pengecualian duti import dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011. Galakan diperluaskan kepada kereta elektrik serta motosikal hibrid dan elektrik.

* Kerajaan akan melaksanakan mekanisme Feed in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) bagi membenarkan tenaga elektrik daripada sumber RE oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik.

* Kerajaan akan melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar, dan juga melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama dua tahun sehingga 2012.

* Sebanyak RM91 juta diperuntukkan bagi pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyenggaraan, baik pulih dan rombak rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aeroangkasa dan aeronautikal serta promosi perkhidmatan penyumberan luar perniagaan.

* Kerajaan memperuntukkan RM850 juta bagi sokongan infrastruktur untuk pembangunan serantau dan koridor. Iskandar Malaysia (RM339 juta), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (RM133 juta), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (RM178 juta), Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (RM93 juta), Koridor Pembangunan Sabah (RM110 juta).

* Sebanyak RM411 juta diperuntukkan untuk aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan.

* Sejumlah RM71 juta diperuntukkan untuk Unit Inovasi Khas (UNIK).

* Akta Insolvensi baru akan menyatukan Akta Kebangkrapan 1967 dan Bahagian 10 Akta Syarikat 1965, termasuk pengenalan peruntukan berkaitan mekanisme penyelamat bagi syarikat dan individu bermasalah kewangan yang melibatkan perubahan had minimum kebangkrapan pada masa ini berjumlah RM30,000.

* Sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Peruntukan sebanyak RM212 bilion bagi Bajet 2011 di mana RM162.8 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Kutipan kerajaan persekutuan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion pada 2011 dan defisitnya susut kepada 5.4 peratus KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan