"Ini Bukan Bajet Pilihan Raya"

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa hari sebelum Bajet 2011 dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak, spekulasi mulai timbul kononnya ia akan menjadi 'bajet pilihan raya'.

Penangguhan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) buat kali kedua Rabu lepas menguatkan lagi spekulasi itu, semasa para analisis mencari lebih banyak petunjuk, seperti kemungkinan pengurangan cukai pendapatan, peningkatan cukai beberapa barang dan bonus buat petugas kerajaan.

Bagaimanapun semasa ia dibentangkan dengan beberapa potongan cukai, mereka percaya ia jauh menyimpang daripada terma bajet pilihan raya, kerana keseluruhan bajet dilihat bergerak ke arah menambah pendapatan bagi golongan berpendapatan redah, kebanyakannya di bawah pendapatan RM3,000, di samping menambah baik sistem penyampaian kerajaan selaras dengan hasrat menjadikan negara sebagai sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.

"Jika anda tanya sekiranya ini adalah bajet pilihan raya atau tidak, saya akan katakan tidak. Agenda-agenda penting sebuah bajet pilihan raya tidak kelihatan di sini," kata ahli ekonomi yang juga bekas Menteri Sumber Manusia Tan Sri Dr Fong Chan Onn. Fong, bekas dekan Fakulti Ekonomi Universiti Malaya berkata, bajet itu dilihat bergerak ke arah membaiki sistem penyampaian kerajaan dalam usaha menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

"Jika anda lihat dengan teliti, peningkatan dalam cukai perkhidmatan daripada lima kepada enam peratus, bertujuan untuk bersiap sedia untuk pelaksanaan GST, mungkin pada empat peratus tidak lama lagi.

"Jadi penangguhan Rang Undang-undang GST kononnya petanda bahawa pilihan raya semakin hampir, adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Bagaimanapun di pihak pembangkang, mereka tetap dengan pendirian bahawa bajet ini adalah bajet pilihan raya kerana kerajaan memasukkan beberapa langkah tertentu seperti peruntukan RM500 juga kepada kontraktor Kelas F, meningkatkan elaun bulanan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung, dan juga peningkatan perbelanjaan buat sektor perbekalan dan perkhidmatan.

"Saya masih percaya yang ini adalah bajet pilihan raya. BN kelihatan sedang bersiap sedia untuk hadapi pilihan raya umum," kata Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua.

Pandangannya itu turut dikongsi oleh penganalisis politik Prof James Chin di Monash University di sini.

"Kali terakhir petugas kerajaan tidak dapat banyak, dan kali ini Perdana Menteri memberikan insentif RM500 untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan anak-anak ke sekolah," katanya.

Bagi penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian pula, Bajet 2011 bukan satu bajet pilihan raya, kerana ia lebih kepada langkah Perdana Menteri mewujudkan keseimbangan antara pembangunan modal insan dan pembangunan infrastruktur.

"Ini mungkin langkah pertama ke arah pilihan raya, tapi ia bukan bajet pilihan raya," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia itu.

"Pada pandangan saya Perdana menteri sebenarnya sedang memberi tumpuan kepada bajet yang dapat membantunya dalam mendapatkan hasil Rancangan Transformasi Kerajaan dan Rancangan Transformasi Ekonomi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan