Eksport Biji Koko Dan Produk Koko Dijangka Cecah RM3.5 Bilion Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nilai eksport biji koko dan produk koko dijangka mencecah RM3.5 bilion tahun ini berbanding RM3.2 bilion pada 2009, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

Bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, eksport direkodkan berjumlah RM2.3 bilion.

"Berdasarkan rekod tujuh bulan pertama tahun ini, dianggarkan nilai eksport pada tahun 2010 akan melebihi paras RM3.2 bilion yang dicapai pada tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Koko dan Coklat Malaysia 2010, Sabtu.

Beliau berkata sasaran itu mampu dicapai memandangkan permintaan dunia terhadap koko semakin meningkat.

"Kadar penggunaan koko per kapita di negara luar, terutamanya Eropah mencapai 2.2 kilogram, berbanding Malaysia, penggunaan koko Cuma sebanyak 0.6 kilogram," katanya.

Bernard berkata industri koko tempatan mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan, dan Malaysia merupakan antara pengeluar koko terbaik di dunia.

Malaysia kini merupakan negara pengisar koko kelima terbesar di dunia selepas Belanda, Cote d'Ivoire , Amerika Syarikat dan Jerman.

Produk-produk berasaskan koko Malaysia seperti lemak koko, serbuk koko, pes koko dan coklat, kini berjaya dipasarkan ke lebih 80 negara, dengan pasaran terbesar ke Amerika Syarikat dan Eropah.

Bernard berkata usaha-usaha untuk mencari pasaran baru sentiasa dilakukan melalui misi perdagangan ke luar negara dan mengadakan rundingan dua hala dengan negara-negara yang berpontensi untuk pasaran komoditi.

Beliau berkata pihak Lembaga Koko Malaysia juga giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan bukan saja untuk industri huluan tetapi juga industri hiliran agar nilai tambah produk koko dapat dipertingkatkan.

"Banyak produk berasaskan koko yang diperkenalkan oleh pengusaha tempatan, antaranya kosmetik, minuman kesihatan, jus pulpa koko serta coklat buatan tangan yang unik dan bermutu tinggi," katanya.

Pelbagai insentif turut diberikan kepada pengusaha koko, termasuk Program Pembangunan Tanaman Koko iaitu program lima tahun dengan insentif sebanyak RM6,500 bagi setiap hektar, katanya lagi.

Beliau berkata industri koko sebenarnya memberikan pendapatan yang lebih lumayan berbanding tanaman kelapa sawit berdasarkan harganya yang tinggi.

Harga purata terkini biji koko ialah sekitar RM8,500 hingga RM9,000 satu tan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan