BN Batu Sapi Kemuka Nama Calon Kepada BN Sabah Dalam Masa Terdekat - Berita Semasa | mStar

BN Batu Sapi Kemuka Nama Calon Kepada BN Sabah Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Senarai calon Barisan Nasional (BN) yang dicadang untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi dijangka dikemukakan kepada BN negeri dalam masa terdekat untuk dipertimbangkan.

Pengerusi BN Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya berkata senarai itu dijangka dapat disiapkan selepas Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mewakili BN bagi kerusi tersebut bermesyuarat Ahad.

Sebelum itu, ketika ditemui pemberita selepas melawat projek pembangunan di Pulau Timbang dekat sini, Samsudin yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Sapi berkata BN Batu Sapi akan memastikan kerusi tersebut kekal dalam tangan mereka.

"Semangat perpaduan dan kerjasama antara parti komponen BN akan menjadi keutamaan dan kami akan memastikan calon itu memperolehi kemenangan dengan majoriti yang besar," katanya Sabtu. Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong selepas wakilnya Datuk Edmund Chong Ket Wah meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Kota Kinabalu minggu lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan 26 Okt ini bagi tarikh penamaan calon dan 4 Nov hari pengundian. Terdapat seramai 25,582 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pemilih pos di kawasan itu. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan