Bajet Pemangkin Transformasi Negara - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bajet 2011 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, seiring dengan transformasi yang dirancang untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Najib yang juga Menteri Kewangan mengambil pendekatan yang agak berbeza daripada bajet-bajet yang dirangka sebelum ini.

"Dengan bajet ini, jelas dapat dilihat transformasi yang dikatakan itu, misalnya yang melibatkan KDN (Kementerian Dalam Negeri), kementerian tidak dapat bergerak bersendiri kerana tidak mahu berlaku pertindihan kuasa atau pertindihan peruntukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Terengganu 2010 di sini Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan semua lapan ketua bahagian negeri ini. Kira-kira 1,200 peserta terdiri daripada pemimpin sayap parti itu hadir pada konvensyen tersebut.

Sehubungan itu, Hishammuddin berkata hala tuju kementerian adalah lebih jelas dan peruntukan yang diberi kepada kementerian akan digunakan secara bersama dengan agensi terlibat.

Sementara itu, peserta konvensyen berkenaan diberi peluang berkongsi idea bagi memperbaiki segala kelemahan dalam parti dan juga sistem pentadbiran kerajaan negeri.

Resolusi daripada konvensyen tersebut akan dibawa dan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung selama lima hari bermula Selasa ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan