Bajet Galakkan Rakyat beli Rumah

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Skim Rumah Pertamaku yang dibentangkan dalam bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, menggalakkan rakyat negara ini memiliki rumah dengan mudah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata ini kerana mereka tidak perlu membayar pendahuluan 10 peratus dari harga rumah di bawah RM220,000 seperti dikenakan oleh pihak bank sebelum ini.

Katanya ia memberi peluang bagi mereka yang baru pertama kali ingin membeli rumah kos sederhana dan dapat memilikinya dengan mudah tanpa ada wang pendahuluan yang dikatakan membebankan.

"Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan yang mahu rakyatnya memiliki rumah dengan mudah untuk menjamin keselesaan hidup.

"Selain itu mereka yang ingin membeli rumah kurang dari RM35,000 akan dikecualikan 50 peratus duti setem," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perkahwinan anak Timbalan Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Bashah Md Hanipah, di dewan serba guna Kolej Universiti Insaniah, Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu, Naib Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan