ATM Sasar Dua Sukarelawan Bagi Seorang Anggota Tetap

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyasarkan nisbah dua anggota sukarelawan bagi setiap anggota tentera tetap menjelang 2020, kata Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata kewujudan Askar Wataniah (AW) adalah penting sebagai lapisan kedua dalam pertahanan negara dalam konteks pertahanan menyeluruh (HANRUH).

"Kekuatan AW kini mencecah lebih 60,000 anggota di seluruh negara yang akan ditingkatkan pada nisbah dua askar sukarelawan kepada satu anggota tetap menjelang 2020," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kompeni AW bagi kawasan parlimen iaitu Bukit Katil, Masjid Tanah, Tangga Batu dan Jasin di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, di sini, Sabtu.

Pelancaran membabitkan penubuhan empat kompeni seramai 400 anggota sukarela baru itu yang bermula sejak awal tahun ini disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Menurut Zulkifeli objektif penubuhan kompeni AW menerusi penyertaan sukarelawan, sukarelawati untuk memperkuatkan pertahanan negara secara kos efektif tanpa bergantung sepenuhnya kepada anggota tetap.

"Cuma kita perlu peruntukkan lebih dalam melipat-gandakan usaha kita untuk ramai lagi tampil ke depan menyertai AW," katanya yang berbangga dengan penglibatan pelbagai kaum dalam AW pada masa kini termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkata jika dilihat perkembangan semasa dunia yang tidak menentu dan era glabalisasi yang penuh mencabar, ancaman terhadap sesebuah negara itu boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.

"Oleh itu AW perlulah kompeten dan bersedia setiap masa dengan latihan yang konsisten, efektif dan komitmen bagi meningkatkan kewaspadaan dalam menghadapi ancaman," katanya.

Sementara itu, Mohd Ali memberitahu pemberita kerajaan negeri mencadangkan Rejimen 514 AW di Kem Bukit Beruang dipindahkan ke kawasan baru di Sungai Putat, Batu Berendam, di sini.

"Kita akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan kerana kawasan baru itu mempunyai kawasan lima kali ganda lebih luas dari kem sedia ada dengan semua infrastuktur boleh dibangunkan dengan baik," katanya.

Beliau berkata Melaka kini mempunyai lebih 1,500 anggota AW termasuk 23 orang pegawai profesional yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa pendukung AW yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan