Rosmah Ketuai Senarai 863 Penerima Darjah Kebesaran Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengetuai senarai 863 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Sarawak sempena sambutan ulang tahun ke-89 Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Sabtu.

Beliau merupakan penerima tunggal darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran "Datuk Amar".

Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Nasir Tun Sakaran merupakan antara empat penerima Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS), yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Tiga lagi penerima PNBS ialah Panglima Tentera Udara Tan Sri Azizan Ariffin, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam.

Lima penerima dianugerah darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK), yang membawa gelaran "Datuk".

Mereka ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Md. Yahaya Basimin, Komander Satu Divisyen Mejar Jeneral Datuk Awie Suboh, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Dr Khairuddin Abdul Hamid dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian negeri Dr Abang Rauf Abang Zen.

Tujuh penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran "Datu". Mereka ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak Chaiti Bolhassan, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian negeri Dr Ngenang Janggu, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan Warisan negeri Ik Pahon Joyik dan Setiausaha Kewangan Negeri Junaidi Reduan.

Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Mustapa Han, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak Dr Sulaiman Husain dan bekas pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Andrew Kiyu Dawie.

Enam penerima Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran "Dato" iaitu anggota Badan Amal Tenaga Isteri-isteri Sarawak (Sabati) Datin Lee Soon Ngo @ Lee Gek Hong, pemimpin masyarakat Temenggong James Jimbun Pungga, Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad Mior Ahmad Baiti Mior Lub Ahmad, ahli perniagaan Wee Hong Seng, Presiden Persatuan Tenis Sarawak Liew Chin Joon dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Information Information System Sdn Bhd (Sains) Teo Tien Hiong.

Tiga penerima Johan Bintang Sarawak (JBS) ialah Ketua Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak Akbar Ibrahim, Setiausaha Eksekutif Parti Rakyat Sarawak (PRS) Henry Opang Luhat dan Anggota Dewan Undagan Negeri Pujut Andy Chua Chu Fatt.

Sebanyak 12 individu menerima Johan Bintang Kenyalang (JBK). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan