Penduduk Hulu Kelantan Berisiko Hidap Demam Kepialu Dan Kencing Tikus

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman hulu Kelantan yang menggunakan air sungai mengandungi lumpur berisiko tinggi menghidap penyakit bawaan air terutama demam kepialu dan kencing tikus.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Wan Mansor Wan Hamzah berkata ini termasuk mereka yang tinggal di Jajahan Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah yang kini tidak menggunakan air yang dirawat.

"Biasanya penyakit berkenaan menyerang penduduk selepas musim banjir, bermula bulan Januari hingga Mac selepas mandi dan minum," katanya kepada pemberita ketika di temui di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai masalah yang dihadapi lebih 700 penduduk Rancangan Pemulihan Tanah (RPT), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Sungai Sam di sini dan kawasan sekitarnya yang terpaksa menggunakan air sungai yang mengandungi lumpur akibat kegagalan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membekalkan air bersih ke kawasan berkenaan.

Mereka kini terpaksa menggunakan air sungai berdekatan yang bercampur lumpur akibat pembukaan tanah di puncak bukit berhampiran kampung mereka sejak awal tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Sungai Sam, Yusuf Mahmod berkata punca bekalan air tandak yang dibina empat tahun lepas di hulu Sungai Rakit dengan kos RM300,000 kini musnah akibat hakisan dari pembangunan di puncak bukit berkenaan.

Dr Wan Mansor berkata jabatannya akan mendidik penduduk kampung supaya menggunakan air itu mengikut kaedah yang betul saperti memasak dan menapis untuk membuang lumpur sebelum digunakan.

Kata beliau jabatannya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membolehkan bekalan air bersih disalurkan ke kawasan berkenaan terutama penyediaan peralatan batang paip di dalam rumah.

Sementara itu jurucakap KESEDAR berkata, lembaga itu memperuntukkan lebih RM100,000 untuk membina saluran bekalan air tandak dari puncak bukit berkenaan ke kampung itu tetapi ia tidak dijamin selamat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan