Penambahbaikan Galakkan Cukai Kenderaan Hibrid Dorong Pelaburan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lanjutan dan penambahbaikan galakan cukai bagi kereta hibrid akan mendorong pelaburan dalam sektor kereta hibrid serta menggalakkan penggunaan kereta berkenaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Ini adalah satu langkah yang dinantikan oleh industri automotif dan akan menggalakkan penggunaan kereta hybrid dan elektrik," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2011 di sini, Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan bajet berkenaan di Dewan Rakyat.

Mustapa berkata penggunaan kereta hibrid dan elektrik juga baik untuk alam sekitar dan juga mendorong pelaburan dalam sektor kereta jenis itu.

Beliau berkata pemegang francais kereta hibrid diberi pengecualian duti import 100 peratus dan duti eksais 50 peratus ke atas kereta hibrid siap pasang (CBU) baru dan pengecualian ini diberi bagi permohonan yang diterima oleh Kementerian Kewangan mulai 30 Ogos 2008 hingga 31 Disember 2010.

Mengenai pemansuhan duti import ke atas barangan pelancongan, Mustapa berkata ia akan meningkatkan bilangan kemasukan pelancong ke Malaysia.

Ini seterusnya akan menjana peluang pekerjaan dan menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi membeli-belah yang terbaik.

Selain itu, katanya langkah kerajaan untuk memperbaiki perkhidmatan awam juga akan meningkatkan kecekapan Malaysia serta menjadikan satu destinasi menarik untuk pelaburan.

Mustapa berkata dengan ini Malaysia akan dapat mencapaikan sasaran peningkatan pelaburan swasta.

Beliau berkata secara keseluruhan strategi utama Bajet 2011 adalah untuk memantapkan lagi pelaburan swasta kerana merupakan pengerak utama ekonomi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan