Pembangunan Pendidikan Terus Diberi Peruntukan Besar

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peruntukan besar untuk sektor pendidikan pada Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pujian dan disambut baik oleh banyak pihak.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 bilion yang disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah berkompromi dengan kualiti sektor itu.

"Tahniah dan syabas kepada kerajaan kerana peruntukan besar kepada sektor pendidikan. Saya gembira dengan pengumuman Bajet 2011 ini yang antara lain mengiktiraf pendidikan Islam dengan peruntukan RM95 juta bagi membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah. "Di samping itu peruntukan pembangunan RM250 juta untuk sekolah bantuan modal agama, mubaligh, jenis kebangsaan Cina dan Tamil dapat meningkatkan kualiti serta prestasi sekolah-sekolah tersebut," katanya.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan pula menyifatkan bajet kali ini sebagai "Bajet 1Malaysia" kerana peruntukan seimbang yang diberi kepada semua peringkat persekolahan.

"Secara keseluruhannya bajet kali ini benar-benar mendahulukan rakyat dan setiap sektor diberikan perhatian sewajarnya. Peruntukan besar untuk sektor pendidikan pula dapat menggerakkan sumbangan sektor berkenaan dengan lebih dinamik," katanya. Mohamad Ali juga berharap supaya kadar enrolmen prasekolah yang disasarkan 72 peratus menjelang akhir tahun 2011 akan dipertingkatkan kepada 90 peratus supaya pendidikan prasekolah dapat diperluaskan kepada seluruh masyarakat termasuk di pedalaman dan luar bandar.

Sementara itu Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam dalam satu kenyataan berkata Bajet 2011 bakal memberi rangsangan besar kepada semua rakyat termasuk komuniti India daripada segi pendidikan, latihan kemahiran, peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan.

"Kami gembira kerana sebanyak RM70 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan semula sekolah Tamil di seluruh negaea. Secara keseluruhannya Bajet 2011 adalah bajet oleh rakyat dan untuk rakyat, ia akan membuka lebih banyak peluang untuk komuniti India," kata Naib Presiden MIC itu.

Ketika membentangkan Bajet 2011, Najib berkata bagi memperkukuhkan lagi pendidikan rendah dan menengah, kerajaan memperuntukkan RM250 juta bagi perbelanjaan pembangunan sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan sekolah bantuan kerajaan di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan