Pasaran Buruh Semakin Stabil

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasaran buruh semakin stabil dengan peningkatan jumlah guna tenaga dengan ketara iaitu pada 1.3 peratus kepada 11.8 juta pekerja pada tahun ini, menurut Laporan Ekonomi 2010/2011 yang dikeluarkan Jumaat.

Menurut laporan itu juga, jumlah tenaga buruh turut dijangka berkembang sebanyak 1.3 peratus kepada 12.2 juta orang sekaligus memberikan sebanyak 152,800 peluang pekerjaan baru.

Kadar penyertaan tenaga buruh mengikut gender pula meningkat sederhana dengan penyertaan guna tenaga lelaki dan wanita dianggar meningkat kepada 79.8 peratus dan 46.5 peratus.

"Penyertaan kumpulan tenaga kerja lingkungan 25-34 tahun merupakan penyumbang terbesar, merangkumi 31.4 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja, diikuti dengan kumpulan umur 35-44 tahun (25.8 peratus)," kata laporan itu.

Sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 53.6 peratus daripada jumlah pekerjaan, diikuti oleh pembuatan (27.8 peratus), pertanian (11.8 peratus), pembinaan (6.5 peratus) dan perlombongan (0.4 peratus).

Laporan itu turut menyebut kekosongan pekerjaan adalah sebanyak 992,035 pekerjaan dalam tempoh enam bulan tahun ini dengan sebahagian besar kekosongan di sektor pembuatan sebanyak 40 peratus dan perkhidmatan 30.4 peratus.

Sehingga Jun 2010, bilangan pencari kerja aktif berjumlah 368,877 dengan kebanyakan daripada mereka terdiri daripada kalangan pemegang ijazah dan diploma.

Laporan itu turut menyebut, kerajaan dalam usaha mencapai objektif Model Baru Ekonomi menerusi Bajet 2011 kini rancak mempergiatkan usaha membangunkan modal insan menerusi penambahbaikan dalam sistem pendidikan.

Ini kerana untuk meningkatkan taraf ekonomi berasakan inovasi dengan industri yang mempunyai nilai tambah tinggi, sistem pendidikan perlu diperkukuhkan supaya tenaga kerja yang yang sedemikian dapat dihasilkan.

Pelbagai insentif kepada sekolah dan guru bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan turut diberikan.

Ini termasuk menstruktur semula kurikulum sekolah rendah dan menengah, meningkatkan jumlah kelas dan guru prasekolah, meningkatkan program pendidikan dan latihan vokasional bagi mempersiapkan mereka dalam pelbagai kemahiran.

"Kerajaan juga dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing tidak mahir, kini berusaha mencari jalan dalam menetapkan dasar gaji minimum yang dijangka akan menggalakkan industri untuk bergerak ke arah rantaian nilai yang leih tinggi sekaligus mewujudkan permintaan tinggi bagi pekerja mahir," kata laporan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan