Najib Menghadap Agong Mohon Perkenan Bajet 2011

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini pagi ini bagi memohon perkenan Seri Paduka Baginda untuk beliau membentangkan Bajet 2011.

Perdana Menteri tiba pada pukul 7.58 pagi menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam dan terus menghadap Seri Paduka Baginda untuk mempersembahkan kandungan belanjawan negara itu.

Kenderaan membawa Perdana Menteri kemudian dilihat keluar dari perkarangan Istana Negara kira-kira sejam kemudian.

Najib, yang juga Menteri Kewangan dijadualkan membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 4 petang ini.

Pada Perundingan Bajet 2011 di Putrajaya Sabtu lepas, Najib dalam ucapannya menyifatkan perbentangan Bajet 2011 bakal menetapkan rentak transformasi ekonomi ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan