MIA Alu-Alukan Langkah Kurangkan Kepentingan Dalam GLC - Berita Semasa | mStar

MIA Alu-Alukan Langkah Kurangkan Kepentingan Dalam GLC

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pelabur Malaysia mengalu-alukan langkah kerajaan untuk mengurangkan pegangan ekuitinya dalam syarikat berkaitan kerajaan bagi mengekalkan kecairan yang tinggi di Bursa Malaysia.

Dalam menyatakan demikian, presiden Datuk Dr P.H.S.Lim berkata "kami turut menghargai penyenaraian anak-anak syarikat Petronas bagi menambah kepentingan dalam bursa seperti yang disokong oleh kami pada 2008. Beliau berkata demikian ketika mengulas pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lim menyifatkan Bajet 2011 sebagai bajet yang mesra dengan banyak peruntukan untuk membantu mereka yang miskin dan kurang berupaya.

Beliau juga berkata yang Malaysia akan mempunyai pertumbuhan yang menggalakkan memandangkan pertumbuhan ekonomi termasuk China, India dan negara-negara BRIC yang lain akan turut mapan dalam tempoh terdekat. Lim berkata Malaysia boleh mencapai kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 6.5 peratus pada 2011. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan