Lima Pelajar Dimasukkan Ke Hospital Kerana Terhidu Bahan Kimia

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Lima pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak dimasukkan ke Hospital Yan semalam selepas terhidu bau kimia dipercayai berpunca dari sebuah kilang semasa berkumpul di dewan sekolah itu untuk menghadiri taklimat.

Seorang daripada mereka Nurul Izwarina Mohd Khorazi, 15, berkata bahawa pada 9.30 pagi semasa semua pelajar tingkatan tiga berkumpul di dewan, dia terbau sesuatu seakan-akan bau sejenis cecair membasuh kain.

"Saya mula rasa pening dan sesak nafas. Saya maklumkan kepada kawan tentang itu dan kawan saya juga merasa perkara yang sama. "Memandangkan saya mempunyai penyakit asma, saya pergi mengambil ubat saya di kelas dan memaklumkan perkara itu kepada cikgu," katanya ketika ditemui di Hospital Yan di sini.

Beliau berkata selepas memaklumkan kepada guru, ramai lagi pelajar mengadu terbau benda yang sama menyebabkan guru mengarahkan semua pelajar sekolah itu berkumpul di padang sekolah dan memakai topeng penutup hidung.

Seramai lapan pelajar perempuan dan seorang lelaki dibawa ke klinik kesihatan tetapi semua diarah untuk mendapatkan rawatan di hospital.

"Lima daripada kami ditahan dan yang lain dibenarkan pulang," kata Nurul Izwarina. Seorang lagi pelajar, Nor Zahirah Dzahir, 15, berkata dia pernah mengalami situasi yang sama semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak pada 2003.

"Tetapi masa tahun itu (2003) keadaan saya tidak teruk dan tidak ditahan di hospital," katanya.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Kedah ketika dihubungi berkata semua pelajar yang dimasukkan ke hospital berada dalam keadaan stabil.

"Kita akan serahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kilang itu," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan