Inisiatif Wujudkan Tenaga Kerja Mapan Dipuji

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelly Services (Malaysia) Sdn Bhd, penyedia penyelesaian tenaga kerja, memuji inisiatif di bawah Bajet 2011 untuk membiayai selanjutnya pembangunan modal insan dan usaha menarik bakat bagi mewujudkan tenaga kerja yang mampan bagi pertumbuhan negara.

Pengarah Urusannya, Melissa Norman berkata: "Tenaga kerja kita perlu menggunakan potensinya sepenuhnya melalui program-program pendidikan, latihan, peningkatan kemahiran dan pembelajaran kemahiran baharu bagi mencapai sasaran pertumbuhan negara.

"Apabila negara bergerak ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, kita akan memerlukan bakat-bakat dan pelbagai sektor, terutamaya bidang-bidang utama iaitu perkhidmatan dan pembuatan," katanya.

Semasa membentangkan Bajet 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Talent Corporation akan merumuskan Rangka Tindakan Bakat Negara dan membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

Melissa berkata Kelly Malaysia gembira dengan rancangan kerajaan dalam Bajet 2011, Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Talent Corp dan inisiatif Rangka Tindakan Bakat Negara untuk mewujudkan tenaga kerja Malaysia yang dinamik.

"Kami menunggu-nunggu pelaksanaan dan faedah-faedah yang boleh diraih daripada inisiatif-inisiatif berhubung pengurusan bakat dan modal insan," katanya.

Pengarah Eksekutif Investment Services UHY Tax (Malaysia), Tim Tee berkata penubuhan Talent Corp nampaknya merupakan langkah untuk mencapai hasil yang amat diperlukan, yang terkandung dalam objektif Program Memanggil Pulang Pakar-Pakar yang tidak begitu dipromosikan selama ini.

"Memandangkan kita sedang berusaha untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan ETP memerlukan kemahiran mereka, Talent Corp merupakan cara yang tersusun dan profesional untuk mencapai objektif negara ini," tegas beliau.

UHY Malaysia adalah anggota UHY International, sebuah persatuan firma-firma perakaunan dan perundingan bebas antarabangsa, yang badan penganjurnya ialah Urbach Hacker Young International Limited, sebuah syarikat UK. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan