Imam Lega Elaun Bulanan Dinaikkan - Berita Semasa | mStar

Imam Lega Elaun Bulanan Dinaikkan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Malaysia (PPKMM) menganggap kenaikan elaun bulanan imam masjid dari RM450 sebulan kepada RM750 sebulan yang berkuat kuasa Januari depan sebagai melegakan.

Malah kenaikan tersebut memberi rangsangan kepada mereka untuk menjalankan tugas, kata Yang Dipertua PPKMM Kamaruzaman Latiff kepada Bernama.

Beliau yang berterima kasih dengan kerajaan di atas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini berkata, langkah itu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memberi kemudahan kepada pegawai agama.

"Ini mungkin hasil desakan-desakan yang telah dibuat oleh persatuan hasil pertemuan dengan Perdana Menteri sebelum ini," katanya dan menambah kerajaan juga perlu melihat keperluan untuk menambah elaun kakitangan masjid yang lain seperti bilal dan kakitangan sokongan.

Beliau berkata bajet turut memberi kesan yang menggalakkan kepada mereka yang bertugas dalam bidang keagamaan, yang mana guru Kemahiran Asas Fardhu Ain (KAFA) turut menerima kenaikan imbuhan bulanan daripada RM500 sebulan kepada RM800 sebulan. Kamaruzaman berkata sebelum ini kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada persatuan itu untuk menjalankan aktiviti di seluruh negara di mana mereka akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi bagi mengatur program dan aktiviti tersebut. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan