FIT Rancang Pelaburan Dalam Penggunaan Tenaga Biogas Dan Biomas

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan mekanisme "Feed in Tariff" (FiT) di bawah Akta Tenaga Diperbaharui (RE) dijangka merangsangkan minat di kalangan pengilang minyak sawit untuk melabur dalam pengeluaran penggunaan tenaga biogas dan biomas.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernand Dompok berkata kadar semasa pada masa ini iaitu 21 peratus sekilowat sejam tidak cukup menarik.

Sebaik sahaja biogas terhasil dari kilang minyak sawit diguna sepenuhnya, minyak sawit Malaysia akan mencapai standard baharu dalam pengeluaran mapan, kata beliau ketika mengulas Bajet 2011 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kepentingan industri minyak sawit diperakui seperti yang dilihat dalam peruntukan RM297 juta untuk aktiviti penanaman semula.

"Kerajaan mahu memastikan pokok-pokok matang, yang rendah mutunya, diganti dengan pembenihan bermutu tinggi," tambah beliau.

Menteri itu berkata pengesahan akan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (B5) pada Jun 2011 akan terus merangsangkan industri minyak sawit memandangkan program itu dijangka dapat meningkatkan permintaan untuk minyak sawit. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan