Dana Pencen Swasta Pelbagai Dan Pertingkat Simpanan Persaraan, Kata KWSP

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembentukan Dana Pencen Swasta (PPF) akan membantu mempelbagai dan meningkatkan simpanan persaraan, terutamanya bagi pekerja sektor swasta dan yang bekerja sendiri, demikian menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). "Penubuhan PPF (di bawah Bajet 2011) dijangka menyokong KWSP dalam meningkatkan sumber-sumber bagi simpanan persaraan," kata Ketua Pakar Ekonomi KWSP, Norasikin Abdul Hamid, dalam satu kenyataan Jumaat.

Pada masa ini, jentera simpanan pencen utama di Malaysia bagi pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri ialah KWSP.

"KWSP menunggu-nunggu pengumuman selanjutnya oleh kerajaan berhubung perincian cadangan penubuhan, mekanisma, mandat pelaburan dan insentif-insentif selanjutnya bagi menyokong penubuhan PPF," kata Norasikin.

Beliau berkata KWSP juga menyambut baik pengumuman oleh kerajaan untuk menambah pelaburannya di luar negara kepada 20 peratus daripada tujuh peratus sebelumnya.

Ini akan membantu KWSP mengurangkan risiko penumpuan pasaran selain mempelbagai instrumen dan pendapatan pelaburannya, kata beliau.

Pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh oleh KWSP dijangka merancakkan ekonomi dan sektor pembinaan khususnya, kata Norasikin.

"KWSP percaya keputusan kerajaan memilihnya untuk menyertai usaha sama dengan kerajaan persekutuan bagi pembangunan tanah itu telah dipertimbang dan dibincangkan dengan teliti, memandangkan kedudukan kewangan KWSP yang kukuh," katanya.

"Langkah ini sejajar dengan cita-cita kerajaan untuk menggalakkan perkongsian awam-swasta agar beban kewangan dapat dikurangkan." - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan