Bajet 2011 Tidak Abai Penduduk Luar Bandar

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM6.9 bilion dalam Bajet 2011 untuk pelaksanaan infrastruktur asas membuktikan bahawa kerajaan mendahulukan semua rakyat termasuk di luar bandar.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Datuk Abdul Puhat Mat Nayan berkata infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan di luar bandar sangat penting buat penduduk luar bandar berbanding penduduk di bandar kerana kebanyakkannya adalah miskin dan berpendapatan rendah. "Penduduk luar bandar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak adalah kira-kira 8.5 juta orang. Jumlahnya adalah tinggi maka itu kerajaan perlu memastikan mereka turut mendapat kemudahan asas agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan jauh berbanding penduduk bandar," katanya. Beliau mengulas pengumuman Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan menyediakan RM6.9 bilion untuk pelaksanaan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar bagi meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak.

Sebanyak RM300 juta juga akan dibelanja untuk melaksanakan program bantuan rumah bagi golongan miskin dan miskin tegar yang melibatkan pembinaan dan baik pulih 12,000 unit rumah di seluruh negara terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Abdul Puhat berkata peruntukan untuk infrastruktur asas, program bantuan rumah bagi golongan miskin dan miskin tegar di seluruh negara adalah amat diharapkan demi kebajikan mereka.

"Rata-rata golongan miskin ini tidak mampu untuk membeli rumah dan kebanyakannya tinggal di rumah atau pondok-pondok usang dan keadaan ini sangat menyedihkan. Bantuan oleh kerajaan ini adalah tepat pada masanya dan membuktikan bahawa kerajaan tidak mengabaikan kebajikan mereka," katanya. Mengenai kenaikan elaun pemimpin masyarakat kepada RM800, Abdul Puhat berkata kenaikan itu perlu dilakukan kerana jumlah elaun sebanyak RM450 sekarang tidak mencukupi dalam keadaan ekonomi semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru adalah pemimpin masyarakat yang menjaga kebajikan penduduk setempat, katanya. "Kenaikan elaun ini dapat membantu pemimpin masyarakat meringankan beban yang ditanggung mereka akibat kos sara hidup yang tinggi sekarang dan pada masa yang sama memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat dengan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan kelak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan