BAJET 2011: Taraf Perintis Dan Elaun Cukai Pelaburan Untuk Aktiviti Penjanaan Tenaga Diperbaharui Dilanjutkan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan melanjutkan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata kerajaan komited memajukan teknologi hijau bagi menjamin kelestarian pembangunan negara.

"Dalam hal ini kerajaan terus menyediakan beberapa insentif," katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata pengecualian duti import dan cukai jalan ke atas peralatan penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember, 2012.

Beliau berkata pengecualian cukai bagi pendapatan daripada perdagangan sijil Certified Emission Reduction Certificates dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2012.

"Pengecualian duti import sepenuhnya dan duti eksais 50 peratus telah diberi kepada pemegang francais kereta hibrid sehingga 31 Dis tahun ini," kata beliau.

Bagi menggalakkan pemilikan kereta hibrid, pengecualian duti import dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Disember, 2011.

Najib berkata Malaysia juga komited unutk mengurangkan pengeluaran karbon intensiti bagi memulihara alam sekitar.

Bagi tujuan ini, kerajaan akan melaksanakan antara lain, program adunan biobahan api dengan diesel Petroleum (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada Jun 2011.

Beliau berkata kerajaan juga akan melaksanakan mekanisme Feed in Tariff (FiT) di bawah AKta Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) bagi membenarkan tenaga elektrik daripada sumber RE oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti elektrik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan