BAJET 2011: Sistem Pendidikan Dirombak Dengan Penekanan Kepada Daya Pemikiran, Sahsiah Diri

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 bilion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

Di samping itu, sejumlah RM213 juta diperuntukkan sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada pengetua atau guru besar dan guru cemerlang, katanya.

"Bagi memperkasa pendidikan awal, kerajaan akan memperuntukkan RM111 juta untuk program Permata, antaranya bagi pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap serta meneruskan program Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

"Kerajaan akan meningkatkan kadar enrolmen prasekolah dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir tahun 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah," katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM250 juta untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

"Sebagai mengiktiraf pendidikan Islam, kerajaan bersetuju untuk membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM95 juta.

"Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

Sejumlah RM213 juta pula diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan bahasa Malaysia, mempersadakan bahasa Inggeris dan memperkemaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah, katanya.

"Sehubungan ini, kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati, antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris," katanya.

Perdana Menteri berkata 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah yang diharapkan akan dapat meningkatkan pembangunan mental dan mengukuhkan sistem imunisasi pelajar sekolah.

Katanya kerajaan akan menubuhkan Talent Corporation (Perbadanan Bakat) di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal tahun depan yang akan menggubal Rangka Tindakan Bakat Nasional dan membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan