BAJET 2011: Sektor Minyak Sawit Terima RM297 Juta Bagi Aktiviti Penanaman Semula - Berita Semasa | mStar

BAJET 2011: Sektor Minyak Sawit Terima RM297 Juta Bagi Aktiviti Penanaman Semula

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntukkan RM297 juta untuk menggiatkan semula sektor minyak sawit dengan menggalakkan aktiviti penanaman semula bagi menggantikan pokok yang sudah berusia dengan klon baharu berkualiti tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sejumlah RM127 juta telah diperuntukkan untuk menyokong syarikat derivatif oleo domestik manakala RM23.3 juta diperuntukkan bagi mengembangkan industri minyak sawit hiliran termasuk pengeluaran vitamin.

Najib, yang juga Menteri Kewangan mengumumkan ini semasa membentangkan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.

Pendapatan eksport daripada minyak sawit mentah berjumlah RM37 bilion ketika ini manakala produk berkaitan minyak sawit mencecah RM13 bilion pada 2009.

Beliau berkata industri itu berpotensi untuk terus dibangunkan dalam aktiviti hiliran bagi menjana pendapatan tinggi kepada pemilik estet dan pekebun kecil. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan