BAJET 2011: RM850j Bagi Infrastruktur Sokongan Wilayah Ekonomi

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangunan koridor dan wilayah akan dipercepatkan dengan memberi tumpuan kepada sebilangan kluster yang mempunyai lebihan dari segi pengkhususan dan geografi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberi fokus kepada projek usaha sama antara pelabur luar dan tempatan dengan peruntukan RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan.

“Di Iskandar Malaysia kerajaan menyediakan RM339 juta untuk membina jalan raya, memajukan kawasan perumahan, menyedia dan memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam.

"Projek yang dijangka siap dalam tahun 2011 adalah Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet serta Legoland dan Melbourne College pada 2012," katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Bangunan Parlimen pada Jumaat.

Beliau berkata, di Wilayah Ekonomi Koridor Utara pula kerajaan memperuntukkan RM133 juta antaranya untuk membangunkan Pusat Pemprosesan Hasil Pertanian, Infrastruktur Pelancongan dan Pusat Inkubator Bioteknologi.

"Di Wilayah Ekonomi Pantai Timur peruntukan RM178 juta disediakan bagi melaksanakan projek Taman Industri Loji Rawatan Air, pembangunan pelancongan serta kawasan bekas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.

"Bagi Wilayah SCORE, sejumlah RM93 juta disediakan untuk projek kemudahan telekomunikasi, bekalan air, lapangan terbang, jalan raya serta industri makanan halal,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan