BAJET 2011: Projek PPP Bernilai RM12.5 Bilion Akan Dilaksana Melalui Pelaburan Swasta

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengenal pasti beberapa projek Perkongsian Awam-Swasta atau PPP di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk dilaksanakan tahun depan melalui pelaburan swasta sebanyak RM12.5 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini akan mempergiatkan lagi inisiatif PPP bagi meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam kegiatan ekonomi.

"Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebagai tipping point untuk membangunkan infrastruktur sokongan bagi membolehkan projek yang diterajui sektor swasta menjadi lebih berdaya maju," kata beliau semasa membentangkan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan memperuntukkan RM1 bilion daripada Dana Mudahcara. Antara projek PPP adalah pembinaan Lebuh raya seperti Lebuh raya Bertingkat Ampang-Cheras-Pandan, Lebuh raya Guthrie-Damansara, Lebuh raya Damansara-Petaling Jaya, Lebuh raya Pantai Barat-Banting-Taiping, Lebuh raya Sungai Dua-Juru dan Lebuh raya Paroi-Senawang-KLIA.

Keduanya ialah pembinaan loji janakuasa Kitar Padu Gas 300 megawatt di Kimanis, Sabah, bagi menambah kapasiti bekalan elektrik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Ketiganya ialah projek pembangunan kesihatan seperti Hospital Pengajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan, Pahang, Hospital Wanita dan Kanak-kanak serta Kompleks Institut Penyeldikan Kesihatan Bersepadu di Kuala Lumpur.

Najib berkata satu lagi projek PPP yang telah dikenal pasti ialah Academic Medical Centre.

"Projek ini merupakan usaha sama antara Academic Medical Centre Sdn Bhd dan Johns Hopkins Medicine International serta Royal College of Surgeons Ireland," katanya dan menambah yang projek berkenaan akan melibatkan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan