BAJET 2011: Program Latihan 1Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan Program Latihan 1Malaysia yang akan dilaksanakan mulai Januari 2011 dengan peruntukan RM500 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata latihan sambilan di sebelah malam dan di pusat latihan terpilih seluruh negara. “Program ini akan dikendalikan oleh Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara, Pusat Giat Mara dan Pusat Latihan Perindustrian dengan kemudahan sedia ada.

“Antara kursus yang ditawarkan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan kelas muzik,” katanya ketika pembentangan Bajet 2011 di Bangunan Parlimen pada Jumaat.

Mohd Najib berkata, pada hujung minggu kursus berbentuk kemahiran dan teknikal akan dilaksanakan seperti, membuat kek, menjahit, spa, mekanik, elektrik dan kimpalan.

“Program Latihan 1Malaysia meliputi peruntukan RM200 juta dari Tabung Pembangunan Sumber Manusia yang membolehkan syarikat membiayai program latihan khusus bagi pekerja mereka.

“Kementerian Sumber Manusia juga menyediakan RM100 juta untuk membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan