Bajet 2011 Mesra Wanita, Keluarga - Shahrizat

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai bajet mesra wanita dan keluarga, kata Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, bajet kali ini mengupayakan kebolehan wanita di mana kerajaan telah melebarkan strktur atau persekitaran bagi wanita untuk bekerja.

“Bajet ini memang paling top (teratas) untuk wanita. Wanita yang muda atau mereka yang sedang bekerja tetapi menghadapi pelbagai cabaran.

“Kepada wanita Malaysia, kerajaan telah membuka ruang untuk mencari kecemerlangan, bekerja di mana juga, di rumah atau tempat kerja.

“Oleh itu, kita sebagai wanita dan ahli keluarga mesti menyahut cabaran Kerajaan dan Perdana Menteri, ” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Jumaat.

Berhubung maklumat dan faedah itu dapat disalurkan kepada wanita di kawasan pedalaman, Shahrizat berkata, Kementerian mempunyai jentera dan struktur mencukupi untuk turun ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata, selepas ambil kira semua perbelanjaan untuk pembangunan dan pengurusan dalam bajet, ia sememangnya menjurus kepada keupayaan wanita, mesra keluarga dan prihatin terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Dalam sembilan tahun saya dalam Kabinet, ini adalah bajet paling tersohor untuk wanita dan keluarga juga untuk golongan miskin,” katanya.

Bajet 2011 memperluaskan penglibatan wanita dalam ekonomi antaranya meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan dan menggalakkan lebih ramai wanita sebagai pekerja separuh masa.

Kemudahan cuti bersalin turut ditambahbaik kepada penjawat awam wanita sehingga 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini bagi memudahkan golongan itu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga terutama anak yang baru dilahirkan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan