BAJET 2011: Kerajaan Peruntuk RM850 Juta Untuk Pembangunan Koridor Dan Serantau

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM850 juta untuk sokongan infrastruktur untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan serantau dengan memberi tumpuan kepada beberapa kluster atau kelompok dengan pengkhususan dan kelebihan geografi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha-usaha untuk membangunkan koridor akan memberi tumpuan kepada projek usaha sama antara para pelabur asing dan tempatan serta industri berimpak tinggi dengan kelebihan daya saing.

Untuk Iskandar Malaysia, sejumlah RM339 juta telah diperuntukkan, termasuk pembinaan lebuh raya, pembangunan kawasan perumahan dan menyedia dan memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam.

"Jumlah pelaburan yang telah dipersetujui sektor swasta setakat Jun 2010 ialah RM62 bilion, melepasi sasaran RM47 bilion," kata beliau ketika membentang Bajet 2011 di Parlimen hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah pelaburan sehingga Jun 2010 ialah RM25 billion.

The Newcastle University Medicine Malaysia dan Chelsea Factory Outlet dijangka siap pada 2011 dan Kolej Legoland dan Marlborough pada 2012.

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah memperuntukkan RM133 juta, antaranya untuk membangunkan pusat pemprosesan hasil pertanian, infrastruktur pelancongan dan pusat inkubator bioteknologi.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah memperuntukkan RM178 juta untuk projek-projek termasuk taman perindustrian, loji rawatan air, pembangunan kawasan pelancongan dan kawasan bekas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara dan Lembaga Kemajuan Wilayah jengka.

Untuk Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), sejumlah RM93 juta disediakan untuk projek kemudahan telekomunikasi, bekalan air, lapangan terbang, jalan raya serta taman industri makanan halal.

Bagi Koridor Pembangunan Sabah, diperuntukkan RM110 juta antaranya untuk projek kelompok industri kelapa sawit, agro-perindustrian presint dan pusat penternakan bersepadu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan