BAJET 2011: Kerajaan Peruntuk RM146 Juta Sokong Industri Minyak, Gas Dan Tenaga

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM146 juta bagi menyokong industri minyak, gas dan tenaga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Industri minyak, gas dan tenaga merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara. Pada tahun 2009, industri ini menyumbang 10.2 peratus kepada keluaran dalam negara kasar dengan pendapatan eksport bernilai RM56 bilion.

"Industri ini mempunyai potensi untuk dikembangkan lagi terutamanya aktiviti hiliran," kata beliau dalam ucapan Bajet 2011 di Parlimen di sini hari ini.

Najib berkata antara projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk penubuhan Pusat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak utama rantau Asia di Johor dengan pelaburan swasta sebanyak RM6 bilion dalam tempoh 10 tahun.

Bagi mengatasi kekangan bekalan gas pula, kata beliau, Petronas akan melaksanakan projek penggasan semula (regasifaction) dengan pelaburan berjumlah RM3 bilion di Melaka, yang dijangka beroperasi pada 2012. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan