BAJET 2011: Kerajaan Peruntuk RM100 Juta Dana Permulaan Kepada MTDC

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) akan diberi Dana Permulaan Perniagaan berjumlah RM100 juta untuk memberi pembiayaan mudah kepada syarikat modal teroka dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi, bioteknologi dan kreatif.

Ketika menyatakan demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata syarikat-syarikat dibenarkan membayar balik pinjaman selepas menjana pendapatan. MTDC, yang ditubuhkan oleh kerajaan pada 1992 untuk menerajui pembangunan perniagaan teknologi di Malaysia, akan juga menganjurkan Simposium Modal Teroka Antarabangsa pada 2011 untuk mewujudkan perangkaian dan perkongsian pemodal teroka asing dengan tempatan bagi merancakkan lagi industri berteknologi tinggi.

"Dalam menggalakkan lagi inovasi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, modal teroka memainkan peranan penting, terutamanya dalam sektor berteknologi tinggi seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi dan induistri kreatif," kata beliau semasa mengumumkan Bajet 2011 di Parlimen di sini hari ini.

Untuk tujuan ini, kata beliau, kerajaan akan menyediakan Latihan Peningkatan Keusahawanan kepada 500 bakal usahawan teknologi dan menarik lebih banyak pelabur budiman.

Kedua-dua program itu akan diuruskan oleh Cradle Fund Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan