BAJET 2011: Kerajaan Cadang Mansuh Duti Import 300 Barangan Kegemaran Pelancong

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memansuhkan duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia dengan menawarkan barangan berjenama pada harga yang kompetitif.

"Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu," katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata dalam usaha untuk merancakkan dan menyokong industri pelancongan di Malaysia, kerajaan akan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk memperuntukkan RM100 juta.

"Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM85 juta untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bagi membolehkan pembinaan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

"Membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang dengan peruntukan sebanyak RM50 juta dan menyusun semula Jabatan Penerbangan Awam menjadi Lembaga Penerbangan Awam," katanya.

Sebuah resort terkemuka di Sabah, Nexus Karambunai telahpun komited untuk membangunkan resort bersepadu berasaskan alam semulajadi yang pertama seumpamanya di dunia berjumlah RM3 bilion bermula tahun depan, katanya.

"Merujuk kepada industri pelancongan yang menjana hasil RM53 bilion pada 2009, ia berpotensi untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta meningkatkan lagi pendapatan negara.

"Berdasarkan laporan Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun lepas, Malaysia menduduki tangga kesembilan daripada segi bilangan ketibaan pelancong. Usaha akan dipergiatkan lagi untuk menarik lebih ramai pelancong dengan menyediakan pakej dan produk pelancongan yang inovatif," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan