BAJET 2011: Hasil Dijangka Naik 2.3 Peratus, Defisit Menurun Kepada 5.4 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasil kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion tahun depan berbanding RM162.1 bilion tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Defisit negara pula dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 5.6 peratus tahun ini, Perdana Menteri mengumumkan semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2011 berjumlah RM212 bilion, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding 2010, memperuntukkan RM162.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Sejumlah RM45.6 bilion daripada peruntukan mengurus adalah bagi emolumen; RM28.2 bilion (Perkhidmatan dan Bekalan); RM86.4 bilion (Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap); RM1.4 bilion (Pembelian Aset); dan RM1.2 bilion bagi perbelanjaan lain.

Bagi peruntukan pembangunan, Najib berkata RM28.3 bilion bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

Sejumlah RM4.4 bilion (pembangunan sektor keselamatan), RM955 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

Semasa pembentangan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata negara telah pulih daripada ekopnomi dunia berikutan langkah positif kerajaan serta pelaksanaan dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion.

Ia terbukti dengan KDNK berkembang pada 9.5 peratus bagi separuh pertama 2010, berbanding negatif lima peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurut Najib, ekonomi dunia turut dijangka pulih pada 4.8 peratus berbanding negatif 0.6 peratus pada 2009, manakala perdagangan antarabangsa berkembang 11.4 peratus berbanding negatif 11 peratus pada 2009.

Di peringkat domestik, penunjuk utama pertumbuhan ekonomi termasuklah Indeks Bursa Malaysia melonjak kepada 1,496 mata pada 14 Okt lepas; peningkatan eksport 22 peratus bagi lapan bulan pertama 2010; pengukuhan nilai ringgit kepada dolar Amerika kepada 3.0833 pada 14 Okt lalu; dan rizab antarabangsa berjumlah RM310.8 bilion (AS$100.7 bilion) yang mampu membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara.

Najib berkata dengan perkembangan positif, kerajaan menyemak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi 2010 kepada 7 peratus, berbanding 6 peratus sebelum ini.

Katanya prestasi memberangsangkan itu adalah ekoran peningkatan pengeluaran sektor pembuatan yang berkembang pada 10.8 peratus, perkhidmatan (6.5 peratus) dan pembinaan (4.9 peratus).

Beliau berkata kadar inflasi diunjurkan pada paras 2 hingga 3 peratus manakala kadar pengangguran kekal rendah pada 3.5 peratus. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan