BAJET 2011: Dana Pencen Untuk Pekerja Swasta, Sendiri

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua kakitangan swasta selepas ini boleh menarik nafas lega merasai faedah persaraan apabila kerajan akan melancarkan Dana Pencen Swasta pada tahun 2011.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dana tersebut akan memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

“Pelepasan cukai sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan untuk meliputi caruman dibuat kepada Dana Pencen Swasta termasuk caruman oleh mereka bekerja sendiri.

“Majikan juga akan diberikan potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerjanya. Ini akan memberikan pilihan kepada rakyat bagi melabur untuk hari tua mereka,” katanya dalam pembentangan Bajet 2011 di Parlimen di sini, Jumaat.

Pengenalan Dana Pencen Swasta itu di bawah strategi pertama Bajet 2011 bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" iaitu mendaya kembali pelaburan swasta bagi menjana pertumbuhan dalam sektor berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan