BAJET 2011: Cukai Perkhidmatan Naik Kepada Enam Peratus - Berita Semasa | mStar

BAJET 2011: Cukai Perkhidmatan Naik Kepada Enam Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mencadangkan cukai perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan yang dikenakan cukai meningkat kepada enam peratus daripada lima peratus pada masa ini untuk menjana pendapatan cukai tambahan bagi pembangunan nasional.

Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari, 2011, demikian terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad-kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan