BAJET 2010: Peruntukan Lebih RM3 Bilion Untuk Tingkatkan Sektor Pertanian - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM3.8 bilion bagi menyuburkan sektor pertanian supaya menjadi lebih produktif dan menjana pulangan lumayan kepada negara.

Perdana Menteri berkata antara tindakan yang diambil adalah membangunkan Zon Akuakultur Bersepadu dengan skala besar di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak yang menepati piawaian serta menghasilkan produk berkualiti, membabitkan peruntukan RM252 juta.

"Sejumlah RM235 juta pula disediakan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Muda (MADA), Kedah dan kawasan lain dengan menaik taraf sistem pengairan dan penggunaan benih padi bermutu tinggi," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi menggalakkan petani menceburi bidang pertanian bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit, akuakultur, rumpai laut, ikan hiasan, herba dan rempah ratus, beliau berkata kerajaan menyediakan peruntukan RM135 juta bagi penyediaan prasarana asas.

Katanya peruntukan RM80 juta pula bagi menjalin kerjasama di antara petani buah-buahan dan sayur-sayuran secara kecil-kecilan dengan syarikat peneraju manakala RM70 juta untuk menambah baik Kolej Pertanian di Kubang Pasu, Kedah dengan membina makmal diagnostik.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan membina Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan di Semenyih, Selangor melibatkan peruntukan RM15.7 juta.

Kerajaan juga akan melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan makanan selama lima tahun lagi sehingga 2015, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan