TNB Mahu Kitar Semula Abu Arang Batu

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengitar semula abu daripada pembakaran arang batu dalam usaha mempromosikan teknologi hijau di negara ini.

Ketua Pegawai Ekskutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, usaha itu sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan pencemaran karbon.

Beliau berkata, selain dapat mengurangkan pencemaran, hasil daripada kitaran itu akan memberi manfaat kepada industri eco-mineral.

"Malaysia mempunyai lebih satu juta tan abu yang disimpan dan angka itu akan bertambah.

"Pelbagai manfaat akan diperoleh dari proses kitaran itu," katanya selepas menandatangani perjanjian MoU antara TNB dengan syarikat RockTron Asia di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Che Khalib berkata, perjanjian itu dibuat bagi membolehkan RockTron melakukan kajian dalam mencari penyelesaian komersial dalam mengitar semula abu itu.

Katanya, kajian sudah mula dijalankan dan TNB menjangkakan lima tahun diperlukan untuk tujuan itu.

"Insya-Allah dalam tahun 2015 projek ini akan berjaya. Pelbagai kajian dan maklum balas sedang dijalankan bagi mencari penyelesaian terbaik," katanya.

Beliau berkata, kitaran semula itu akan dilakukan di tapak milik TNB di Manjung,Perak.

Turut hadir pada majlis itu adalah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Pengerusi Ekskutif RockTron, Datuk Mohd Yazid Baba.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan