Semua Janji BN Di Manek Urai Ditunai

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Tuan Aziz Tuan Mat, calon Barisan Nasional yang tewas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manek Urai pada Julai tahun lepas, kecewa dengan dakwaan PAS kononnya BN tidak menunaikan janji kepada penduduk kawasan itu.

"BN bukan sahaja telah melaksanakan segala janji di Manik Urai malah yang tidak dijanjikan sekalipun turut dilaksanakan demi faedah rakyat di situ," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Semasa kempen pilihan raya kecil Manik Urai, kerajaan pusat telah berjanji membina jambatan di Kampung Manek Urai Lama membabitkan kos RM10 juta, menaik taraf Masjid Temalir bernilai RM600,000, membaik pulih rumah dengan kos RM1.5 juta dan membina gelanggang sukan di Kampung Manjor berharga RM300,000.

Bagaimanapun, menurut Tuan Aziz, pembinaan jambatan itu belum dapat dilaksanakan akibat masalah pengambilan tanah, dan ini telah dijadikan isu oleh PAS dengan mendakwa BN tidak menunaikan janji.

Katanya jambatan itu akan tetap dibina walaupun kosnya telah mencecah RM17.

"Yang lain sebut apa yang kami tidak tunaikan. Masjid Temalir hampir siap sepenuhnya, begitu juga gelanggang sukan di Kampung Manjor yang sedang dalam fasa terakhir pengambilan tanah dan kerja pembinaan akan berjalan tidak lama lagi," kata Tuan Aziz.

Beliau berkata lebih 500 rumah penduduk miskin sudah siap dibaiki manakala jalan-jalan kampung yang rosak juga dinaik taraf sebaik sahaja selesai pilihan raya kecil itu.

Dalam pilihan raya kecil Manek Urai, Tuan Aziz, 40, tewas kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, 51, dengan majoriti 65 undi.

Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Galas pada 4 November ini, Tuan Aziz menasihatkan 11,000 pengundi di situ supaya menjadikan pengalaman di Manik Urai untuk memastikan BN menang kerana parti itu tidak pernah memungkiri janji dalam menjaga kepentingan rakyat.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat barah usus pada 27 September lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan