Sektor Korporat Patut Sediakan Pemeriksaan Kanser Percuma - Rosmah

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sektor korporat patut menimbangkan menyediakan pemeriksaan rutin percuma dan ceramah mengenai kanser payu dara untuk pekerja mereka sebagai sebahagian polisi kesihatan syarikat, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata usaha seumpama itu dapat membantu usaha kerajaan untuk membendung penyebaran penyakit kanser payu dara di kalangan rakyat Malaysia.

"Langkah awal ini bukan hanya dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran di kalangan warga kerja syarikat tetapi juga dapat menjimatkan puluhan ribu ringgit bagi rawatan perubatan atau kerugian produktiviti akibat masalah kesihatan," katanya pada ceramah mengenai kesedaran kanser payu dara di sini, Khamis.

Rosmah juga berharap lebih banyak lagi pertubuhan bukan kerajaan tampil untuk membantu kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan diagnosis dan rawatan kanser payu dara.

Katanya tahap kejahilan mengenai penyakit itu, terutama di kalangan penduduk di luar bandar, juga memerlukan usaha lebih konstruktif dalam memberikan maklumat kepada mereka mengenai penyakit itu.

"Walaupun kita masih belum tahu bagaimana untuk menyembuhkan kanser payu dara secara sepenuhnya, kita mempunyai banyak pengetahuan mengenai bagaimana untuk menangani dan mencegahnya. Oleh itu, diagnosis awal amat penting dan rawatan sewajarnya perlu ditawarkan kepada orang ramai, secara konsisten dan efektif," katanya.

Rosmah berkata rakyat Malaysia amat bertuah kerana kerajaan, melalui Kementerian Kesihatan, giat menggalakkan dan mendidik orang ramai mengenai gaya hidup sihat sebagai satu daripada program kesedaran pencegahan kanser payu dara.

"Jadi, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk memanfaatkan kempen selama sebulan ini untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan dan maklumat mengenai kanser payu dara." - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan