Samy Vellu Tidak Menyesal Undur Diri

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC yang paling lama berkhidmat, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau tidak menyesal dengan keputusannya untuk mengundurkan diri pada Januari depan kerana parti memerlukan pemimpin baru.

Beliau berkata dengan perubahan suasana dan landskap politik negara, parti itu menghadapi cabaran besar dan memerlukan pemimpin muda dan berkeupayaan untuk berkhidmat kepada masyarakat India.

"Maka, saya fikir sudah tiba masanya untuk saya mengundurkan diri dan memberikan mereka peluang untuk memimpin serta berkhidmat kepada masyarakat. Saya gembira dengan keadaan itu.

"Saya menyedari bahawa saya telah diberi peluang oleh masyarakat selama 30 tahun untuk berkhidmat kepada mereka dan saya fikir ia merupakan satu tempoh gemilang yang dapat dirasai seseorang dalam sejarah negara ini," katanya pada satu temubual dalam rancangan bual bicara Hello Malaysia di Bernama TV, di sini, Rabu.

Samy Vellu berkata beliau tidak bimbang dengan masa depan parti kerana hala tuju baru parti itu telah pun ditentukan.

"Dengan saya mengundurkan diri, pemimpin baru akan meneruskan perjuangan dan hubungan dengan orang ramai akan berterusan dan dalam keadaan sedemikian, apabila orang ramai memerlukan sesuatu, saya fikir mereka akan mendekati MIC. Setiap perkara akan diselesaikan seperti lazimnya," kata beliau.

Samy Vellu berkata beliau mengalu-alukan jika pemimpin baru MIC memerlukan nasihat dan pandangannya mengenai bagaimana parti itu harus dibentuk atau untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan