Puteri UMNO Sabah Susun Strategi Dekati Pengundi Di Batu Sapi

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Puteri Umno Sabah sedang menyusun strategi untuk mendekati pengundi muda dan wanita sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi akan datang.

Ketuanya Musliati Moslimin berkata pergerakan itu telah mengumpulkan data pemilih khususnya pengundi muda untuk dikenal pasti.

Katanya pelbagai aktiviti mendekati masyarakat setempat dirancang dan fokus Puteri Umno ialah bersemuka 'satu dengan satu' dengan pengundi khususnya pengundi muda.

Strategi Puteri Umno akan berbeza mengikut kesesuaian kawasan di Parlimen Batu Sapi seperti melalui pendekatan turun padang dan mengadakan program kemasyarakatan dan kebajikan, katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Anggota Jawatankuasa Puteri Umno Batu Sapi di sini Khamis.

Katanya bilik operasi Puteri Umno Batu Sapi juga sudah siap sedia untuk digerakkan bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam nahas jalan raya di Kota Kinabalu Sabtu lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual bermesyuarat esok untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan