Najib Hurai Enam Prinsip Kukuhkan Kerjasama Asean

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyenaraikan enam prinsip praktikal yang menjadi asas kerjasama berkesan mengenai pertahanan dan keselamatan serantau dalam kalangan negara Asean.

Pertama, kata Perdana Menteri, ialah betapa pentingnnya dalam soal penglibatan pelbagai negara ini, setiap negara anggota sama ada yang kaya atau miskin dan yang kecil atau besar, mengiktiraf peranan satu sama lain.

Seterusnya, peranan pihak lain yang mempunyai kepentingan besar di rantau ini tidak boleh diketepikan, khususnya dalam persekitaran global pada masa ini, katanya pada Forum Putrajaya di sini, Khamis.

"Pendek kata, sebarang perjanjian kerjasama perlu bersifat menyeluruh dan semua pihak yang berkepentingan harus diberi ruang dan pengiktirafan dalam menangani apa saja isu," kata Najib.

Beliau berkata pengalaman menunjukkan bahawa perjanjian yang menyeluruh seperti Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah terbukti berkesan dalam mengekalkan keamanan dan bertindak menghadapi cabaran keselamatan serantau berdasarkan kerjasama dan tidak memburukkan lagi keadaan.

Forum yang julung kali diadakan itu bertujuan menggalakkan penyelesaian isu pertahanan dan keselamatan serantau menerusi perkongsian pengetahuan, perspektif dan perbincangan.

Ia bertemakan "Penonjolan Rangka Kerja Keselamatan Serantau" memandangkan rantau ini sedang menyaksikan kemunculan Asean+8, satu bentuk kerjasama baru mengenai keselamatan serantau.

Kedua, kata Najib, negara-negara Asean perlu mengakui bahawa setiap negara anggota dalam Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean-Campur (ADMM-Plus) berbeza daripada segi sejarah, budaya dan kedudukan ekonomi.

Oleh itu, bentuk kerjasamanya haruslah lebih anjal dan mengambil kira kemampuan dan dasar setiap negara anggota yang berbeza. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan